Wednesday, 22 February 2012
PILIHAN
Hidup ini adalah berkisar tentang PILIHAN. Celik saja mata, kita PILIH utk bangun dari tidur dan bersiap utk menghadapi hari kita. Kita boleh pilih utk bermalas malasan, tapi kita PILIH utk teruskan usaha mencari rezeki seharian. Kemudian kita PILIH baju yg hendak kita pakai. biru, merah, kuning, hijau, semuanya dalam PILIHAN kita. Yang mana dikurniakan Tuhan rezeki yg murah, mereka boleh PILIH kereta apa yg hendak dipandu ke tmpt kerja. Kita PILIH utk sarapan nasi lemak dan mula bekerja. Semuanya berkisar tentang PILIHAN. Yang kita lupa, kita boleh pilih material, barang yang kita mahu, tapi kita lupa yang kita juga boleh PILIH perasaan dan juga pemikiran kita. Tuhan jadikan semua perkara di dunia ini berpasangan or berlawanan. Sejuk vs panas, susah vs senang, sedih vs gembira. Jadi, kita boleh PILIH emosi dan fikiran kita. Kita boleh pilih utk rasa gembira dari bersedih, kita boleh pilih utk berfikir positif dari negatif....PILIHAN adalah ditangan kita. Tiada siapa yg boleh mempengaruhi perasaan kita, kecuali kita PILIH utk biarkn mereka mempengaruhinya. Oleh itu, sahabatku,sebelum kita lakukan sesuatu, or beremosi tentang sesuatu, buatlah PILIHAN yang bijak, kerana anda boleh meMILIHnya sendiri...Jangan biarkan persekitaran atau orang lain meMILIHnya utk anda...buatlah PILIHAN yang bijak...Salam ukhwah....terima kasih kerana meMILIH utk membaca....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment